Kewujudan wanita (Hawa ) berasal daripada tulang rusuk kiri nabi Adam tatkala nabi Adam berasa sunyi di syurga sebagai teman, isteri, dan pendamping yang setia. Hiasan wanita itu perlu ditutup merangkumi seluruh anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan yang boleh dizahirkan.
Seindah-indah hiasan di dunia namun tidak dapat dibandingkan dengan wanita solehah seperti dalam hadis daripada Rasulullah
Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”(HR Muslim).
Menjadi wanita solehah adalah impian setiap wanita dan ingin dimiliki oleh setiap lelaki sebagai pendampingnya. Oleh itu, untuk memenuhi syarat menjadi wanita solehah adalah:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya merangkumi:
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Membaca Al-Quran
- Melaksanakan kewajipan amar makruf nahi mungkar
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
- Membaca Al-Quran
- Melaksanakan kewajipan amar makruf nahi mungkar
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami:
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
Namun wanita zaman ini tidak ramai yang benar-benar menepati 2 syarat tersebut kerana:
- Lupa mengingati Allah
Dengan kesibukan urusan di luar dan menjaga anak-anak sehingga lupa untuk mengingati Allah dan lalai untuk muhasabah diri terhadap imannya sama ada bertambah atau berkurang. Bila kelalaian ini berterusan maka syaitan akan menggoda manusia untuk bertindak mengikut hawa nafsunya:
Firman Allah s.w.t. ertinya:
Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? (Al-Jasiyah : 23)
Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:
Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah bukan sahaja dengan berzikir, termasuk dengan menghadiri majlis-majlis ilmu, dan sentiasa niat berbuat kerana Allah.
- Mudah terpengaruh keindahan dunia
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. ertinya:
Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.” (Al-An’am : 32)
Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.

No comments:
Post a Comment