Perasaan dengki tu memanglah takkan lari dari fitrah manusia...bila kita tengok orang tu berjaya, mulalah kita berasa dengki. Kita dihidupkan didalam dunia nie bukan semata-mata hidup sahaja. Dari dunia inilah kita kenal erti kebaikan dan kejahatan...Allah telah mencipta syaitan yang ditugaskan untuk melemahkan iman manusia, untuk menjadi pengikutnya di Akhirat kelak...
Al Quran menjelaskan tentang sumpah syaitan berkenaan dalam surah al-Hijr, yang bermaksud:
"Ia (syaitan) berkata, 'Ya Tuhanku, Kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan hal-hal di muka bumi terlihat baik bagi mereka (manusia) dan aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka'" (Surah al-Hijr, ayat 39-40).
Rasulullah s.a.w juga ada memberikan peringatan dalam sebuah hadis yang maksudnya:
"Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia. Manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata: "Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini?. Siapakah yang telah menjadikan kejadian itu?". Sehingga syaitan akan berkata: "Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?”. Apabila perkara ini berlaku kepada kamu, maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam” (Hadis riwayat Bukhari Dan Muslim)
Sebenarnya tipu daya syaitan itu adalah lemah. Ia tidak memiliki kekuasaan ke atas manusia. Orang-orang yang memiliki iman yang ikhlas tidak akan terpengaruh oleh tipu daya syaitan. Firman Allah swt yang bermaksud:
"Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah." (Surah an-Nahl, ayat 99-100).
Selagi manusia mengikuti jalan Allah, selama itu bisikan-bisikan syaitan tidak akan berjaya memalingkan manusia dari bimbingan Allah swt. Firman Allah swt dalam surah al-A’raf, yang bermaksud:
"Dan jika kamu ditimpa suatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya." (Surah al-A'raf, ayat 200-201).
oleh itu, tanamlah sifat sabar dikalangan kita....kerana sifat sabar tu merupakan salah satu tunjang dalam sifat mahmudah... SABAR dipandang mulia di sisi Allah kerana mendatangkan banyak kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. Sikap itu perlu diamalkan setiap masa dalam kehidupan seharian. Keperluan sabar dikategorikan kepada dua perkara iaitu sabar menahan diri daripada perkara yang disukai, tetapi dilarang oleh agama. Satu lagi sabar bermaksud menahan diri daripada keadaan yang tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi. Sabar bererti menahan diri daripada mengikut kehendak hati atau perasaan yang mendorong melakukan perbuatan yang mendatangkan keburukan. Menahan diri ketika penderitaan, sanggup melakukan perkara sukar demi mendapat kebaikan dan bersedia menghadapi tempoh panjang untuk mendapatkan sesuatu.
Allah menyebut orang bersabar bakal mendapat kegembiraan, petunjuk, keberkatan dan rahmat daripada-Nya.
Sebab itu setiap orang mesti bersabar dalam menghadapi segala cabaran hidup. Janji dan jaminan yang diberikan oleh Allah kepada orang yang bersabar adalah bukti kebaikan yang tiada tolok bandingnya. Dr Yusof Al Qardhawi berkata ada lapan perkara yang boleh membantu meningkatkan kesabaran seseorang, iaitu:
# Mengenali hakikat hidup di dunia yang penuh cabaran dan sementara.
# Mengenali bahawa diri ini milik Allah dan manusia mempunyai had tertentu.
# Yakin setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran Allah.
# Yakin bahawa Allah akan membantu hambanya.
# Berusaha mencontohi orang sabar.
# Sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah.
# Sentiasa beriman kepada qadar dan sunnah Allah.
# Berusaha menjauhi penyakit penghalang sabar seperti marah, sedihberlebihan, putus asa dan gopoh-gapah.
Sabar boleh dibentuk dengan adanya harapan dan cita-cita untuk mendapatkan sesuatu. Hal ini kerana seseorang itu pasti berusaha bersungguh berlandaskan kesabaran untuk mencapai hasrat hati. Ibnu Qayim dalam bukunya, Al Madaraji menyebut hukum bersabar itu adalah wajib. Sifat sabar adalah kunci kejayaan, insan yang tidak tekun dan tidak sabar dalam menuntut ilmu tidak memperoleh pengetahuan. Pekerja yang tidak sabar dalam pekerjaan tidak akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual dengan mutu yang baik.
Kesabaran sangat dikehendaki dan ada batasnya. Kita perlu mengelakkan sesuatu pihak menggunakan sifat kesabaran yang ada pada diri sebagai senjata memusnahkan diri kita.
Oleh itu, setiap insan perlu mempunyai tahap sabar yang tinggi bagi mengatasi apa juga persoalan kehidupan. Ia bagi memastikan kehidupan dapat ditempuhi dalam keimanan tinggi.
KENAPA KITA DITINDAS?????persoalan ini sentiasa disoal bila kita dalam kelompok pekerjaan...tapi, bersebab juga kalau orang yang suka menindas nie...sebab, dia hanya bermatlamatkan kekejaman prinsip untuk BERADA DIATAS...tp, dia jadi begitu pun bersebab... Cuba kita fikirkan...kenapa dia buat begitu????
PERTAMA: dia rasa kita lagi hebat darinya...ada betul kawan????hehehe....
KEDUA: sebab, die kurang perhatian. Dengan cara ini, dia nak korang tahu yang dia tu wujud....
KETIGA: sebab, dia bukan bijak pun. Orang yang bijak, takkan buat macam nie, sebab, dia tahu, yang Atas, sentiasa memerhatikan dia & akan tarik nikmat serta merta. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
KEEMPAT: sebab, dia mana ada didikan agama...kalau tak, dia takkan macam nie.betol tak???sia-sia jer die solat, wat amal, tp, perasaan dengki 2 meluap sampai buat orang berhenti kerjalah, give-up ler...ingt!doa orang teraniaya, mmg termakbul
KELIMA: nak short-cut jer...tp, die xsedar, nnt, tetiber die short-cut plak, eksiden ker aper ker, boleh taubat ker???hehehe....
cukup lah, benda macam nie, tak payah ler nak diamalkan. tanamkan sifat jiran tangga tanggungjawab bersama....macam tu juga masa bekerja...tp, paling istimewa, orang yang menghadapnya tuh..MEMANG KENTAL BEB!!!cuba kita fikirkan pula, kenapa kita ditindas???
PERTAMA:Banggalah~sbb, kita kan lagi hebat, hehehe
KEDUA:Kita nie diberi kepercayaan. selalu diberi perhatian. mulalah si polan nie dengki, alahai manusia.
KETIGA:orang yang ditindas tu, berakal...sbb, dia takkan buat macam orang yang menindas...kalau dia buat, die pun bodoh macam orang yang menindas dia 2.
KEEMPAT:dia ada didikan agama. ada sifat sabar. sifat menghormati hak seseorang & berpegang pada "REZEKI ALLAH YANG BAGI"
KELIMA:persediaan ke hari akhirat. sbb biasanya, orang macam nie, ramai yang ske damping. sbb, mempunyai sifat toleransi & bekerjasama...
so, pada yg ditindas 2, buat bodoh jer ler...nak paling sedap, BERI JER SENYUMAN...biar kita jadi air dari jadi api...sbb, api nie ley membakar & memburukkan keadaan. kalau kita jadi air, tekak pun tak kering, hahahah~RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!!!




No comments:
Post a Comment