Wednesday, 23 May 2012

oh! LelaKi PoYo vs oh! LelaKi BuDimAn...

setelah lama rku menyendiri, baru ler skunk rku update..bz gk kot!!!!hehehe..sepanjang penyendirian nie, rku kenal ler ramai owg...wah wah!!!!1 pergi 10 dtg taw!!!manyak syok woO~~~wey!!hah, nie nak citer...ttg lelaki ego...

tanda2 LELAKI yang TAK patut kowang dekat.......

1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun-tahun. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada di dalam kamus hidupnya. 
2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.
3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana sahaja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli dari pandangan orang lain. Malangnya dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.
4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya sahaja.
5. Lelaki yang hanya memandang dirinya sahaja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.
6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham akan kehendak wanita. Walaupun anda telah berterus terang mengenai sesuatu tetapi dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara.
7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.
8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk tetapi lelaki ini tidak memperdulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.
9. lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkan olehnya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?
10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul pada wanita. Anda tidak nampak ciri kepimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti? 

PERGH!!!hehhee...lelaki nie mmg cam GAMPANG sket..bg rku ler...sbb rku dah rasa kot!!!tp, kalo kowang nak taw, xsemua lelaki macam nie taw....

tanda2 LELAKI yang BUDIMAN yg JATUH CINTA dengan PEREMPUAN.......jeng jeng jeng!!!hehehe....

 SELALU CURI-CURI PANDANG .
Kadang-kadang kalau korang perasan , bila kita tengah tak pandang dia , dia akan selalu pandang kita . Then , kalau kita dah pandang dia , cepat-cepat dia alihkan pandangan :)

SERINGKALI TANYA "AWK SYG SY TAK ?"
dia akan selalu dan tak pernah jemu untuk tanya soalan yang sama sebab dia takut sayang kita padanya hilang walaupun sedikit .

DIA TAK BOLEH PANDANG TEPAT KE MATA KITA .
Bila sembang dengan kita , dia akan pandang tempat lain . Kalau pandang mata kita tepat pun , mungkin hanya sekejap sebab dia tak dapat tahan getaran hatinya setiap kali terpandang tepat ke mata kita .

DIA BERSUNGGUH-SUNGGUH JAGA KITA .
Dia takkan pernah ambik kesempatan atau memegang kita sesuka hati . Dia juga tidak akan pernah menghantar kita ke rumah lewat malam kerana dia sentiasa mahu elak dari sebarang perkara-perkara buruk berlaku .

DIA AKAN MEMENUHI SEMUA KEINGINAN KITA .
Jika kita telah berjanji untuk keluar bersamanya , tiba-tiba ada pula hal lain . Dan dia akan sedaya upaya mengejas masa agar dia tetap dapat bertemu dengan kita .

DIA BERCERITA PADA KAWAN BAIKNYA .
Cuba korang pergi tanya-tanya dekat kawan-kawan baiknya , ada tak dia cerita pasal kita pada mereka . Jika ada , sebenarnya dia ingin berkongsi kegembiraannya pada kawan-kawannya . Bererti dia benar-benar bahagia bersama kita .

JIKA BERGADUH , DIA LEBIH BANYAK DIAM .
Jika berlaku pergaduhan , dia tidak tunjuk hebat untuk memujuk atau menyelesaikannya , tetapi dia lebih banyak diam sehingga kita reda sendiri . Bukan diam sebab tak sayang , tapi dia tak mahu menambah burukkan keadaan kerana sabar manusia ada tahapnya dan dia tidak mahu memujuk kerana sifat perempuan yang makin dipujuk , makin mengada-ngada itu akan memburukkan keadaan .

DIA MULA CEMBURU .
Jika kita mula mengenalinya sebagai seorang lelaki yang bukan kuat cemburu , sampai satu masa dia mula menunjukkan reaksi kurang senang bila kita bercerita tentang lelaki lain , itu bermakna dia sudah mula mencemburui mana-mana lelaki yang dekat dengan kita .

DIA BERSIFAT MANJA .
Bayangkan , kalau seorang lelaki yang pada asalnya macho , tiba-tiba berubah menjadi manja . Itu bererti dia ingin selalu dimanja oleh kita kerana dia benar-benar cintakan kita .

DIA PERNAH MENITISKAN AIRMATA KERANA KITA .
Segentle mana pon seorang lelaki , jika dia terguris dengan orang yang disayanginya , airmatanya bisa menitis .






No comments:

Post a Comment