- Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
- Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
- Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
- Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
- Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
- Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
- Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
- Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
- Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
- Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
- Lelaki juga akan menangis.
- Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
- Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
- Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
- Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
- Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
- Lelaki amat sayang ibu mereka.
- Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
- Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
- Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
- Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
- Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
- Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
- Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
- Lelaki lebih banyak berfikir.
- Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
- Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
- Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
- Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
- Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
- Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
- Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
- Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
- Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
- Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
- Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
- Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.
Thursday, 31 May 2012
FAKTA TENTANG LELAKI
MUHASABAH DIRI
Seorang wanita dengan keperibadiannya yang baik, membawa seribu kebaikan kepada dunia. Tetapi, seorang wanita dengan keperibadian yang buruk, akan membawa kerosakan kepada dunia.
Jadilah wanita syurga,
Peribadinya sederhana,
Peribadinya sederhana,
Tidak mudah putus asa,
Cita-cita tinggi menembus ke sana!
InsyaAllah.. ♥
MENARIK TENTANG WANITA = WANI (AKU, HEHEHE)
1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
13. Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
25. Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
"SEMUA NGAM PULAK NGAN AKU
KAN?HEHEHE..."
Wednesday, 30 May 2012
HATI LELAKI IBARAT PETI BESI
Hati lelaki seperti peti besi, tempat menyimpan segala masalah. Lelaki lebih memilih bermain dengan fikirannya. Diam adalah cara dia untuk meraba jalan keluar. Masalah yang datang menerjang adalah makanan sehari hari yang harus ditelan. Air mata lelaki mahal. Tidak mudah menitis walaupun perasaan bingung mengepung jiwanya. Tidak mudah menitis bila panik mencekik. Tapi mungkin akan menitis perlahan saat menghambat dalam kerinduan. Menyepi dalam kepasrahan. Bertaubat akan jutaan kesalahan yang pernah dilakukan.
Cerita? bila-bila saja. kerana dia hanya akan bercerita bila memang ada peluang penyelesaian masalah dengan orang yang diajak berkongsi. Tidak sembarang orang dapat mendengar luahan hati. Tidak semua orang pula dapat mendengar masalahnya. Maka menyimpan masalah adalah lebih baik, daripada harus terbuka lorong hati sehingga lari kemana mana masalah peribadi.
Berbeza dengan perempuan. Hatinya tak berkuasa menahan persoalan persoalan. Bercerita, berbahagi, dan juga mengekspresikan diri dalam sikap dan tingkah laku, adalah hal yang biasa. Susah bagi wanita menyembunyikan perasaan. Apakah itu suka, benci atau bahkan sedih. Ingin rasanya seperti lelaki yang selalu pakai logik. Tetapi nampaknya perempuan memang berbeza. Dia lebih suka bicara pada hati dan komitmen. Bicara pada soal memiliki dan dimiliki. Tidak lagi bicara pada soal suka atau tidak suka semata.
Maka air mata bagi wanita adalah sebuah cara untuk mengungkapkan perasaan. Bahagia, haru, benci dan bahkan luka, menjadi sangat jelas terpancar pada linangan air mata dan isakan tangisnya. Maka bila memang itu terjadi, mereka hanya mahu didengar dan diperhatikan. Mahu dibantu dan diakui keberadaannya. Serta mahu sandaran, yang akanboleh menguatkan, langkah kaki kehidupan yang masih terus berjalan entah sampai bila..
Sumber asal : Ustaz Burhan Sodiq (Penulis buku Best Seller “Ya Allah Aku Jatuh Cinta”)
CINTA AKU TAK BERSEBAB......
Gadis: Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?
Jejaka: Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!
Gadis: Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.
Jejaka: Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!
Gadis: Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?
Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata..
Jejaka: Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!
Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.
Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..
“Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara.
Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.
Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya.
“Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu. Ia boleh dirasai dalam hati..”
SAYANG, KENAPA CINTAKAN ABANG???
Bila ditanya dengan soalan “Sayang kenapa cintakan saya?”. Sukar untuk menyatakan jawapan dalam ayat yang mudah. Tiada perkataan yang dapat diungkap untuk menjelaskan kenapa rasa cinta ini wujud.
Yang boleh dijawab, tidak tahu hendak memberi jawapan kenapa menyintai dan terus menyintai.
Jika pada masa mula jatuh cinta, jawapan mungkin mudah. Jatuh cinta pada rupa, pada tingkah laku, pada jenaka, pada budi bahasa, pada apa jua yang menarik yang sebabkan tertarik. Hati sentiasa ingat, makan tidak lalu, tidur tidak lena dan mandi tidak basah. Semua itu dirasa bila mula bercinta.
Namun seperti mana perkara-perkara yang wujud dalam kehidupan, cintakan akan menjadi dewasa, selaras dengan masa dan selaras dengan matangnya hubungan.
Semakin lama percintaan, semakin bertambah perkara-perkara dalam kehidupan dikongsikan bersama. Mula pada awalnya mungkin perkara-perkara mudah. Berkongsi bayar makan dan minum, berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Lama kelamaan hampir semua perkara dikongsikan bersama selaras dengan dewasanya cinta.
Kehidupan mu adalah kehidupan ku, kehidupan ku adalah kehidupan mu, ia menjadi kehidupan kita.
Cinta kini menjadi kehidupan. Pengkongsian kehidupan dua insan lelaki dan wanita, adalah percintaan. Usaha untuk memberi dan menerima, usaha untuk mengalah atau mengambil jalan tengah, usaha berunding, merajuk dan luahan perasaan. Semua itu adalah percintaan.
Kenyataannya. Tiada yang sama antara dua insan, lelaki dan wanita. Dari semua segi adalah berbeza, tubuh badan, perasaan, permikiran, sikap, semuanya berbeza.
Yang sama hanyalah cinta… Cinta yang menjadi pengikat… Dua insan lelaki dan wanita yang saling berbeza. Pengikat itu adalah pemahaman bahawa dua insan bercinta lelaki dan wanita, adalah dua insan yang berlainan dan berbeza. Kekuatan ikatan adalah sikap saling hormat menghormati atas pemahaman itu.
Untuk jawapan kepada “Sayang kenapa cintakan saya?”
Lihatlah mataku, nampaklah dirimu. Sentuhlah hatiku, disitulah dirimu. Lihat hidupku itulah hidupmu dan tentunya, Aku Cinta Pada Mu.. :)
CINTA, SAYANG, SUKA & MINAT...ADA BEZAKER?
Cinta..
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat dan lakukan, kalau boleh kita mahu si dia mengetahuinya. Kita juga berusaha sedaya kuat mungkin untuk tidak mahu sakitkan hati si dia.
Cinta juga membawa suatu perasaan yang mendalam terhadap si dia dan kalau boleh mahu hidup semati bersama dengannya.
Sayang..
Kita memerlukan si dia pada masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayang akan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Segala masalah dapat diceritakan dan kalau boleh diselesaikan bersama.
Suka..
Kita suka akan dia kerana dia seorang yang baik budi pekerti. Dia pandai menjaga aurat dan batas pergaulan. Kalau boleh kita ingin sahaja terus mahu memiliki si dia secara halal.
Minat..
Ada sesuatu pada dirinya yang menarik minat kita untuk mendekatinya. Harta, paras rupa atau budi dirinya? Itulah minat sebenar terhadap seseorang insan.
Tetapi kita kena ingat..
“Tanpa minat, suka dan sayang.. Kita tidak akan CINTA pada seseorang itu. Dan ingatlah juga, perasaan minat, suka dan sayang ini adalah perlu kita hamburkan sepenuhnya terhadap ALLAH sebelum kepada manusia..”
Silakan SHARE! Insyaallah, ada manfaatnya kelak.. :)
LAYAK KE AKU NAK CEMBURU???
Layakkah aku cemburu?
Sementara dia bukan milik ku..
Layakkah aku cemburu?
Sementara dia tidak mahu aku cemburui..
Layakkah aku cemburu?
Sementara dia telah ku bingkai di hati ini..
Layakkah aku cemburu?
Sementara aku tidak pernah mendapat kata pasti..
Layakkah aku cemburu?
Sementara aku hanya manusia biasa…
Kepada Allah ku aku kembali…
Cemburu? Siap tidak mempunyai perasaan cemburu? Contohnya, semua wanita jika ditanya mahu apakah ingin dimadukan atau tidak pasti lebih banyak yang jawab ‘tidak’. Kerana lebih penting bagi wanita urusannya adalah hati dan cemburu. Namun bergantung pada wanita itu sendiri, mahu dibawa ke arah mana rasa cemburu dan hatinya??..
Cuba berfikiran positif dalam membina perhubungan,kalaulah ada jodoh itu tidak kemana,jika DIRINYA dah ditakdirkan untuk kita,sejauh manapun dia pergi,dia akan tetap kembali hidup bersama kita YAKINLAH! InsyaAllah.
Semoga perasaan cemburu ini tidak membuat diri kita dikuasai oleh rasa cemburu sehingga melanggar apa-apa saja yang telah disyari’atkan Allah swt. Nauzubillah. Sememangnya layak untuk kita merasakan cemburu. Kerana itu adalah fitrah yang sudah diberikan oleh Allah..
LOVE IS BLIND - KISAH SI BUTA
Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.”
Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.
Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?”
Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”
P/S: CINTAI SESEORANG YANG MENERIMA KELEMAHAN KITA. MENCINTAI SESEORANG DENGAN KELEBIHANNYA, KEBAHAGIAAN ITU HANYA MIMPI YANG DATANG SEMENTARA TAPI PERGI SELAMANYA.......JANGAN PERNAH BERJANJI KALAU TIDAK PASTI. BILA HATI INI SUDAH MATI, PELUANG KE-2 TAKKAN ADA LAGI. PERCAYALAH....CINTAI DENGAN SEIKHLASNYA, BUKAN MEMPERSIAKANNYA...
TERIMA @ TAK
Aish!Malunyer kalo owg suwo amek pemberian...bukan aper, segan, aku lom pernah camnie...selama aku COUPLE, aku lom pernah terima pemberian owg..nak mintak pun, aku cover-cover..almaklum ler..anak sulung nie, segan meminta....(alasan...hehehe)...sorry sayang, bukan taknak terima, tapi, kalo nak bagi jugak, nak FERRARI!! wakakaka~sebenarnya, cukup dah ada owg sayang, owg caring, owg memahami, & paling penting SERASI. Tapi, kalau nak tahu, hadiah paling bermakna, bila DIPINANG & KITA DISATUKAN DENGAN SATU AKAD PERNIKAHAN YANG SAH...agak2 biler ek???hehehe....Aku akan menunggu saat itu.... Ya Allah~satukan kami jika engkau temukan kami untuk berkongsi kasih sayang yang telah engkau beri...amin
SAYA ANAK JOHOR
Aku anak Johor...lahir kart Muor...Membesar pun di Muor...hehehe..bangga juga aku jadi anak Muor...aish..sajer jer letak johor...hehehe...seronok jadi anak johor nie. Owg kater, bahasa Johor lah bahasa asal melayu taw...Kiranya bahasa baku ler...Owg senang nak paham...Kalau Johor, ramai kaitkan dengan JAWA... tp, aku bukan jawa seyh! Nama kampung belah ibu aku unik sangat taw! KAMPUNG KELANTAN...Sejarahnya, kampung aku nie, dulu owg kelantan berhijrah kart Johor..kampung ayah aku pula KAMPUNG BEROHOL. Tapi saya tetap bangga jadi anak JOHOR.
Lagu Kebesaran Negeri Johor - Lagu Bangsa Johor
Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan
APA YANG PEREMPUAN BOLEH BUAT TETAPI LELAKI TAK BOLEH
Hah!!!nie satu hal lagi, juz for fun yer~kita nie kekadang tak perasan sebenarnya, LELAKI "X" boleh TIRU PEREMPUAN.
1.Bergambar sambil bermuncung. Ada tak korang tengok lelaki amek gambar muncung sedepa??? Kalo aku nampak ler laki wat camtu, 1st impression aku, ko nie LELAKI TULEN KER????
2.Berpegangan tangan. Aduyai!!!kalo perempuan aku tgk biasa ler, sbb perempuan nie kaum yg lemah, dan sentiasa memerlukan pertolongan. tp, kalo lelaki berpegang tangan pulak, 1st impression aku, ko nie GAY KER??
3.Buat bentuk luv sesama perempuan. Kekadang perempuan nie, loving sesama sendiri sbb dowang mmg hati yg lembut, but not lesbian ok!!tp, kalo lelaki sama lelaki wat camtu, 1st impression aku, ko nie BUANG TABIAT KER???
4.Panggil sayang-sayang. Kalau perempuan nie, sayang-sayang perkara biasa sbb kami mmg sifat penyayang & berhati lembut. So, bila kitowg cakap sayang sesama kaum, tak menjadi masalah...tapi kalo lelaki cakap sayang-sayang nie, 1st impression aku, ko nie MAKNYAH KER???
5.Pegang pinggang. Benda ni perkara biasa. Aku pun selalu buat, sbb, kekadang, perasaan takut 2 ada. contoh ler naik motor....tapi kalo lelaki naik motor peluk pinggang, 1st impression aku, BAEK KO TUKAR JANTINA JER WEY!!!PENAKUT SIOT!!!
6.Merajuk. Perempuan kalo merajuk pun, tgk muka kalo muncung, comey lagi tuh....tapi kalo lelaki wat camtu, muncung nak sedepa, 1st impression aku, MUNCUNG KO 2 DAH MACAM BERUK SEYH~~.hehehe...
7. Pakaian. Kalo perempuan pakai baju lelaki, kalo tgk, still comel lagi kot,tapi kalo lelaki pakai baju perempuan, cuba korang tgk bawah, hahahah~
"Saya bukan nak perlekehkan kaum lelaki, tapi, apa yang saya tulis nie, untuk dijadikan semangat. Yerlah, kekadang kita tak sedar, kita TERbuat...LELAKI nie lain, dia ada kekuatan kudrat tak macam perempuan. Dia jadi pelindung perempuan, tapi kalo lelaki nak sama dengan perempuan, abez saper nak jadi pemimpin??? (Tapi kalo pakwe aku merajuk wat muncung camtu, mmg COMEY sgt...teeeettttttttttttttt....hehehe)"
HARDROCK, METAL,GITAR...SALAH KER AKU MINAT?
Cakap pasal muzik-muzik heavy nie, ramai yang kata, PEREMPUAN nie, tak layak lah. Hilang sifat keperempuanan. Ada pulak yg cakan lagu camtu untuk orang GILA jer... Kalau budak LELAKI tu perkara biasa r pulak...aish!!! COME ON lah!!! So, aku nie, sampai sekarang perempuan jer kot!!!hehehe....well~sejak aku sekolah lagi memang minat aku ke arah lagu-lagu heavy, ska & so on. Aku pun tak gilak (slang sarawak)...belajar atleast dapat gk ler diploma.. Yang paling aku bengang, kalau yang mendengar tu nak komen macam-macam pulak. Hey Ladies! Excuse me...Jangan ler nak layan lagu lentok jer...sesekali korang layan lagu heavy, confirm korang jadi sekental & seHEAVY lagu 2 ma~~~
Kart sini, bukan aku nak kutuk or marah...cuma, rasa tak puas hati ler dengan sesetengah orang yang suka sangat mengkritik minat orang. Ingat apa yang korang minat tu, semua orang suka ker??? PLEASE RESPECT THE OTHERS. Bukan susah kan? Letakkan korang di tempat korang kutuk 2, aper perasaan die??? Memang negara kita negara yang boleh bersuara, tp, kalau dah semua macam tu, KACAU BILAU ler.. ADUYAI!!!
Aper-aper pun, minat aku dari dulu sampai sekarang mmg takkan berubah...hehehe...nampak jer aku nie lembut, tp, nak buat macam mana, memang aku suka dok! 2 r owg kata jiwa seni. Tapi jiwa seni pun aku masih boleh berpikir, ke arah mana aku patut @ tak untuk pergi...yg penting, HAK MASING2 kan???
Jom layan salah satu fav song aku....
Afterlife Lyrics Performed by Avenged Sevenfold
Like walking into a dream, so unlike what you've seen
Fallen into this place, just giving you a small taste
of your afterlife here so stay, you'll be back here soon anyway
I see a distant light, but girl this can't be right
Such a surreal place to see so how did this come to be
Arrived too early
And when I think of all the places I just don't belong
I've come to grips with life and realize this is going too far
I don't belong here, we gotta move on dear escape from this afterlife
’Cause this time I'm right to move on and on, far away from here
A place of hope and no pain, perfect skies with no rain
Can leave this place but refrain, ’cause we've been waiting for you
Fallen into this place, just giving you a small taste
of your afterlife here so stay, you'll be back here soon anyway
This peace on earth's not right (with my back against the wall)
No pain or sign of time (I’m much too young to fall)
So out of place don't wanna stay, I feel wrong and that's my sign
I've made up my mind
Gave me your hand but realize I just wanna say goodbye
Please understand I have to leave and carry on my own life
I don't belong here, I gotta move on dear escape from this afterlife
’Cause this time I'm right to move on and on, far away from here
Got nothing against you and surely I'll miss you
This place full of peace and light, and I’d hope you might
take me back inside when the time is right
Loved ones back home all crying ’cause they're already missing me
I pray by the grace of God that there's somebody listening
Give me a chance to be that person I wanna be
(I am unbroken; I’m choking on this ecstasy)
Oh Lord I'll try so hard but you gotta let go of me
(Unbreak me, unchain me, I need another chance to live)
(Fast Guitar Solo)
(Screaming)
(Laughing)
I don't belong here, I gotta move on dear escape from this afterlife
’Cause this time I'm right to move on and on, far away from here
Got nothing against you and surely I'll miss you
This place full of peace and light, and I’d hope you might
take me back inside when the time is right
MUAT TURUN LAGU AFTERLIFE...
Tuesday, 29 May 2012
KECANTIKKAN LELAKI & KEGAGAHAN WANITA ISLAM
KeCanTiKan LeLaKi & KeGagAhaN WaNitA
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik,adalah:-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa
KECANTIKAN LELAKI berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
KEGAGAHAN WANITA..?? Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah:-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah S.A.W:-
" Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
Subscribe to:
Posts (Atom)

















