Blurr Wednesday @_@ ... yerke ? rasanyer hari-hari aku blurr... ok ! straight to the point...LETS FEEDBACK what happen yesterday...
sebagai anak yang hormat ibubapa, dia tahu apa itu rasa KEPERCAYAAN. So, for the first time, NURUL SYAZWANI a.k.a. wanie /kak yong/kakak buat dalam restu ibu. Apa itu restu ?
R.E.S.T.U. apa yang didefinasikan sebagai restu dalam KAMUS DEWAN....
1) berkat dan perkenan drpd Allah yg mendatangkan kebaikan kpd seseorang atau manusia: berdoa memohon ~ drpd Ilahi; kejayaan itu hanyalah dgn ~ Allah;
2) persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan seseorang atau sesuatu pihak yg lain melakukan sesuatu, kebenaran, keizinan: si anak mendapat ~ drpd ibunya; baginya, tanpa ~ ayah dan ibu, sesuatu perkara yg akan dilakukan tidak akan sempurna;
Oleh itu, dalam segala hal kita perlu ada sifat direstui. bila sesuatu yang direstui, segalanya akan berjalan dengan lancar. tapi, tak semestinya, berjalan spt yang kita kehendaki. cuma, kita perlu ada rasa bersyukur & sabar dalam apa yg kita kejar. tak kiralah dari segi bersosial, berkawan, bercinta dan perkahwinan.
PERKAHWINAN ? apa kaitannya dengan RESTU ?
dalam sesuatu hubungan yang diredhai, perlu ada BARAKAH yang paling utama. apa yang dinamakan dengan BARAKAH ?
Barakah atau berkah .. adalah Mampu mencapai lebih banyak dengan sedikit sumber, melakukan banyak dalam waktu sedikit, dan menghasilkan banyak hal dengan sedikit usaha pasti berkat dari Allah (Subahanahu Wa Ta’ala).
Barakah menjadi harta karun yang hilang hari ini, semua orang mencari itu, tapi tak seorang pun tampaknya untuk menemukannya! … Anda selalu mendengar orang mengeluh bahwa tidak ada berkah di waktu mereka, ada berkah dalam tidur mereka, ada berkah di uang mereka dan sisanya.
Apa itu Berkah?
Sebuah dalil terkenal menjelaskan sebagai berikut:
والبركة: هي ثبوت الخير الإلهي في الشيء؛ فإنها إذا حلت في قليل كثرته، وإذا حلت في كثير نفع، ومن أعظم ثمار البركة في الأمور كلها إستعمالها في طاعة الله عز وجل
- “Barakah adalah lampiran kebaikan Tuhan untuk sesuatu, sehingga jika terjadi pada sesuatu, ia meningkatkan itu. Dan jika terjadi pada sesuatu yang jauh manfaatnya. Dan buah terbesar Barakah dalam segala hal adalah dengan menggunakan berkah bahwa dalam ketaatan Allah (Subahanahu Wa Ta’ala) “
oleh itu, dalam perkahwinan, kita disunatkan untuk mengucapkan pada pengantin lafaz BARAKALLAH....
Riwayat At-Tarmizi, Abu Daud & Ibnu Majah Nabi SAW bersabda, sunat untuk kita berkata :
"Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair."
MAKSUDNYA:- Mudah²an ALLAH memberkatkan bagi kamu berdua, dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit, dan Moga² ALLAH himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan
Untuk berkahwin, restu ibu bapa sangat diperlukan.Kenapa? Kita sangat perlu kepada redha atau restu ibu bapa dalam semua perkara termasuk dalam membina rumah tangga.
Redha ibu bapa amat penting kerana ia membekalkan kita keyakinan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Dan untuk mendapat redha ibu bapa, kita perlu menjaga hati mereka.
Bayangkan kalau kita melangkah ke alam perkahwinan tanpa doa, restu atau redha ibu bapa, maka di hati kecil kita tidak akan ada keyakinan untuk menempuh alam yang baru itu. Perkahwinan merupakan satu proses untuk menyempurnakan agama. Jadi sekiranya kita tidak mendapat restu mereka, adakah sempurna agama kita jika sesuatu perkahwinan itu tidak mendapat redha ibu bapa? Dan jika ibu bapa tidak redha, adakah Allah meredhai anak itu?
Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta semata-mata umumnya tidak akan kekal lama. Kalau berkahwin semata-mata kerana cinta, cinta boleh luntur. Kalau disebabkan dorongan seksual, ia juga boleh berkurang. Kalau berkahwin kerana duit, ini juga mungkin satu hari tidak stabil. Begitu juga kalau sebab kecantikan, kecantikan akan pudar akhirnya. Sebab itu Nabi s.a.w. menekankan bahawa perkahwinan itu adalah untuk menyempurnakan agama. Tanda kita betul-betul beragama, kita berkahwin mengikut sunnah Nabi.
Dalam soal ini, ibu bapa umumnya lebih tahu menilai kesesuaian calon menantu kerana mereka melihat dari banyak aspek.
Jika Tak Direstui
Kesan yang jelas bagi perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa adalah gagal mendapat keberkatan. Hilangnya keberkatan menyebabkan timbul masalah silih berganti dan timbul rasa tidak yakin dalam menghadapi masalah akibat tidak mendapat doa dan redha ibu bapa .
Kalau ada restu ibu bapa, apabila menghadapi sesuatu masalah, kita rasa yakin boleh menyelesaikannya walaupun masalah itu nampak berat. Perkahwinan itu sesuatu yang membahagiakan tetapi tanpa redha ibu bapa maka lebih mudah berlaku huru-hara. Sebaliknya dengan keredhaan ibu bapa, perkahwinan terasa lebih menyeronokkan.
Sering kita terbaca kisah rumah tangga yang porak-peranda dan berlaku cerai-berai. Kalau dikaji, di hujungnya kita akan dapati perkahwinan itu dulunya tidak mendapat keredhaan ibu bapa. Ada yang disebabkan telah berlaku perkara tidak elok sebelum kahwin maka ibu bapa terpaksa setuju mereka berkahwin walaupun hati kecil mereka tidak meredhainya.Cuba kita renung perkahwinan orang-orang dulu yang jodoh mereka betul-betul atas pilihan ibu bapa. Kita tengok jangka hayat rumah tangga mereka lebih lama. Sekarang kahwin bermula dari cinta tapi peratus cerai tinggi. Hendak kata tak kenal, sudah kenal. Hendak kata tak cinta sudah cinta. Di situ sebenarnya peranan keredhaan ibu bapa. Keredhaan ibu bapa lebih kuat daripada cinta. Lafaz cinta tidak sekuat keredhaan ibu bapa.
Apabila Ibu Bapa Diam
Diam ibu bapa dengan pilihan jodoh anaknya mungkin menandakan mereka tidak bersetuju, cuma mereka tidak menyuarakannya secara terus-terang kerana tidak mahu melukakan hati anak. Begitu sekali ibu bapa cuba untuk menjaga hati anak. Biar hati mereka terguris dengan tindakan anak,namun untuk mereka melukakan ,tidak sekali. Adapula anak yang terlebih ajar, sanggup menegking ibu bapa,memarahi ibu bapa kerana tidak setuju dengan pilihan mereka. Sudahlah berkahwin tanpa restu, memarahi pula jika mereka balik, tidak mendapat layanan ibu bapa.
Sepatutnya, si anak hendaklah cuba memahami isi hati ibu bapa dan menjaga hati mereka.Walaupun diam ibu bapa mungkin juga menandakan mereka berfikir dan bersetuju tetapi si anak perlu bertanya secara berhemah untuk memastikan ibu bapa betul-betul merestui pilihannya. Katanya, lazimnya jika ibu bapa redha dengan pilihan anaknya, mereka akan iringi dengan nasihat dan kata-kata semangat.
Tapi jika tiada respons atau hambar saja, anak kena pastikan betul-betul untuk menjaga hati mereka. Terdapat ibu bapa yang menuruti pilihan calon pasangan anaknya setelah didesak atau dipujuk walaupun hati kecil mereka tidak benar-benar meredhainya.
" Ibu, kakak rasa, better ibu carikan jer lah calon untuk kakak. kakak tak kesah ! asalkan ibu bahagia" lafazku yang agak sesak nafas. takut gak, memandai jer buat keputusan.
" Ibu ok je... tapi, kakak betul-2 ke nak ibu carikan ?"
" Kakak tak memain ler ibu. Pilihan kakak ibu tak suka, tak apa... kakak redha. tapi, kakak nak ibu pilih sendiri" tegas & terang ! hehhe...
" Ibu bukan tak suka. tapi, ibu nak yang terbaik untuk kakak. ibu taknak kakak salah pilih lagi"
macam tulah ! bukan die benci, cuma taknak kita salah pilih sahaja. kata ibu ayah ada betulnya. sebab, kita akan rasa macam mana yang dowang rasa. so, pasrah jer lah... Kekadang, itulah yang terbaik untuk kita. ok ! STOP !DESCRIPTION : This is my friend. kawan baru saya, AHMAD ZAMRI BIN AHMAD TARMIZI ( i guess, hehehe...) Pernah Admire but More to friend... hope u enjoy your life.. thanks for everything that give me happiness. manarik tentang dia, memanglah tak ada. die lelaki normal. tapi, mungkin sebab cara komunikasi dia buat aku tertarik & gigi die... awesome ! hahaha ~ there ! perempuan bukan nak perfect pun. Lebih muda dari aku sebenarnya... 24 tahun ... Mungkin saya sesuai jadi kakak die kot. No Hal Larh~~ Saper kater, hubungan berakhir kalo kene tolakkan ? see ! im ok ma~~~~ Zam ! sorok gigi 2, kang saya rindu... lalala ~ speechless ! what mean of speechless ? nevermind ler... saya ok ! sumpah ! inilah dinamakan hidup... maybe saya MATANG kot, 2 yg tak kesah.. hehehe... takper, awak bukan lelaki sowg jer k ! hehehe... jom jom jom ! somebody nak DATE ngn saya arini... nak g ker x ? nak g ker x? ok ! jawapan saya, PERGI ! bkn sy gedik, tp, kene ingat, LELAKI SEKARANG LAGI SKE RELATIONSHIP DARI ALAM MAYA. so.... saya nak die tgk diri sy, & baru nilai saya.. at same time, saya pun menilai dia... weather he is better for me or not... tapi ! atas RESTU ibu juga k... hurm, taknak g JJ lg... nak g mana ek ???? hah ! lupakan jer r... Bukan senang nak hilang perasaan biler kter start suka seseorang 2, tp, nak buat macam mana, paksa 2 keje BUDAK-BUDAK ler... *SAYA DAH BESAR ! hah ! saya taw saya kuat! yes ! i am strong !!!!
LAGU NIE SAYA TUJUKAN KART AWAK EVEN SEKEJAP JER....
Lirik Lagu Terima Kasih – iamNEETA
Tidak pernah ku rasa perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu
Semua kerna dirimu ku berubah
Hidup kini penuh dengan senyuman
Oh sayang datanglah ku inginkan dirimu
Dekatlah padaku ku rindukan pelukmu
Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri amat ku hargai
Semua ku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati
Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga
P/s: Zam, dont worry ! i let you go coz somebody waiting for me.. & i know its not u. itu adalah saya, tulang rusuknya yang dicari. DIA ? dia adalah bakal pedampingku yang dah dicatat dalam luh mahfuz.. So, Jangan terlalu baik dengan saya k ! BOLEH KITA TERUS BERKAWAN ???
CONCLUSION : Believe in what you do, what is your target, what that make u respect
SAYA.RESPECT.DIRI.SAYA.YANG.SANGAT.KENTAL.HATI.



No comments:
Post a Comment