Ibu, Layakke kakak nak kahwin. Ibu janganlah bersusah hati ya, ini kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah. Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. Bolehkah ibu?
Ibu, Betul nie! Kakak Nak kahwin. Ibu janganlah menghalang keinginan kakak, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan. Namun cinta jangan dilawan, kerana bila jodoh datang bertandang, tiada siapa yang mampu menolak kuasa Tuhan. Bolehkah ibu? - Ibu, Perkara Lepas Jangan Ibu Kenang. Kesilapan Kakak Bukan dari restu ibu, buat kakak tawar hati untuk terima mana-mana Lelaki. Tapi sampai bila ibu ? Doktor bagi ibu 3 thn jer untuk tgk dunia. Bila ibu nak tgk anak ibu nie selamat dijaga oleh seorang lelaki bergelar suami ?. Semoga Ibu dipanjangkan usia.. KAKAK SAYANG IBU.....
Ibu, kakak nak kahwin. Kakak nak RESTU ibu. Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari. InsyaAllah, si dia yang bergelar suami tidak akan menghalang kakak menuntut ilmu, begitu juga kakak. Kerana kami berdua dahagakan ilmu. Ingatkah ibu, menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW:SAW bersabda: “Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”
Ibu, kakak nak kahwin. Tapi Bukan Dengan Pilihan Ibu. Walaupun si dia yang merupakan lelaki pilhan kakak masih belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.Andaikata dia juga bekerja, dan tidak cukup untuk menampung kakak, insyaAllah, pintu rezeki itu sentiasa dibuka.... Kakak Akan Sentiasa berada disamping dia.. Dalam susah mahupun senang, seperti ibu. InsyaAllah ~ Allah Pelihara hubungan kami. Walaupun, perit pernah ibu alami, itu takkan menjadi penghalang kakak. Kakak percaya akan takdir Allah... Sekiranya, dia seperti ayah, kakak tak akan sekuat ibu, tapi kakak cuba pujuk hati untuk berdoa, yang ITU ADALAH HUKUM KARMA.
IBU, kakak nak kahwin. Kakak Nak Jauhkan Maksiat. Daripada si dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi. Ibu, perkahwinan juga adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Sesungguhnya, manusia perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi dan fitrah dijadikan Allah. Maka atas tuntutan itu, tanpa adanya perkahwinan, manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat. Nauzubillah. Selain itu, kakak nak jauhkan diri dari memberi hati nie pada yang salah. Berikan peluang kepada anakmu yg juga akan melakukan dosa yang tak ternyata. Ibu, kakak nak pelihara hak seorang ayah, supaya kakak tak menjadi anak yang membawa ayah sendiri ke NERAKA.
Ibu, saya nak kahwin. Percayalah yang calon suami kakak memang sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jangan dilihat pada kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jangan dilihat pada usia yang muda, jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula. Walaupun, Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi si dia tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh dan dapat membimbing kakak ke jalan Allah. Walau kakak tolak jodoh dengan yang lebih muda, kakak sedar, itu adalah rencana Allah terhadap kakak. Dia adalah sebaik-baik perancang. kakak Redha dengan LELAKI MUDA andai itu takdirnya...
Ibu , kakak masih ada peluang ker nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana si dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya. Namun, sekirannya ibu bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon suami yang dicari, tapi calon ayah kepada cucumu yang akan dicari. Doakan anakmu ibu.... Supaya Berjaya membuat pilihan yang tepat atas restu mu.... Kakak nak ibu tgk kakak bahagia sebelum ibu pejam mata. YA ALLAH, JANGAN AMBIL NYAWA IBUKU SELAGI DIRIKU BELUM BAHAGIA. AKU TAHU, IBUKU MAHU YANG TERBAIK UNTUK DIRIKU. Ibu, Jaga diri, jaga makan... jgn lupa makan ubat, jgn lupa cucuk ubat taw. *ibu, sakit kencing manis kritikal, guna insulin untuk kawal gula & doktor bagi 3 thn untuk hidup.
Ibu, kakak nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.
Ibu, tapi apakan daya, kakak hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh Ibu dan ayah juga, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak perempuan Ibu dan ayah ku ini, amin.
IBU.... BOLEH KAKAK NAK KAHWIN TAPI ATAS DASAR RESTU IBU & JUGA AYAH ?

.jpg)

No comments:
Post a Comment