Korang yg mana 1?? Kalo aku, mmg takder langsung ler....
Friday, 1 June 2012
CIRI LELAKI KENE REJECT!!!
Adik-adik lelaki ni, perlu tahu ye? untuk mendapat kasih sayang wanita yang maksimum, lelaki perlu berani berubah. maksudnya buang sifat-sifat yang kurang disenangi oleh wanita (tapi kalau yang elok tak perlulah). Perempuan akan menyayangi lelaki dengan sepenuh hati yang sanggup berkorban apa saja untuk anda.
Disayangi wanita adalah kemuncak keselesaan hidup lelaki sebenarnya. (pandai2 pulak kakak kan), biar pun poket kosong, perut lapar, tetapi dengan kasih sayang yang penuh ikhlas dari seorang wanita, segala masalah terasa mudah untuk dihadapi. (mungkinlah kan?)
Ok, mari kakak beritahu beberapa sikap yang wanita tidak suka..mungkin boleh diberi perhatian sikit oleh adik-adik lelaki ni...ok
Pertama, terlebih berlagak. kebanyakkan lelaki ada sikap ini. kadang-kadang elaki merasa sikap berlagak ni, boleh menarik perhatian wanita. Iya..mungkin boleh tapi kalau yang dah berlebih-lebih, aaa....itu silap. contohnya macam, lelaki ni punya motosikal besar (padahal pinjam je)....nak suruhlah wanita ni memuji-muji, berlagak yang dia mampu beli motor tu, tetapi dia silap, wanita makin akan menyampah tahu...
Kedua, terlebih merayu. Sikap ini memang tak elok bagi lelaki, kenapa??? sebab ini akan membuatkan wanita akan hilang rasa hormat pada lelaki, ditambah dengan menangis (ada ke). jangan tak tahu, sesetengah wanita akan lari dari lelaki seperti ini. Nak tahu kenapa? kerana sifat merayu dan menangis adalah sifat wanita. Wanita mendampingi lelaki untuk lari daripada sifat ini, tetapi jika lelaki tempat dia bergantung harapan turut lemah, sudah tentu kepercayaannya hilang. Wanita lebih menghormati lelaki yang tegas.
Ketiga, terlebih menyayangi. ini pun salah satu sikap yang tidak digemari wanita. ye lah, baru je berkenalan dah lebih-lebih pulak. Biasanya terlebih dari segi layanan, misalnya, pergi makan, wah!!! siap tarik kerusi lagi, tolong lapkan sudu ke (wah,romantiknya), sikap macam ni kan, terlalu prihatin sebenarnya, iya...mungkin ada bagusnya, tapi ia akan merimaskan wanita dan kadang-kadang mungkin juga wanita akan terfikir, betul ke tidak dia ni? parah kalau macam tu, haha...
Ok..secara jujurnya, lebih baik memiliki sifat kelelakian sebenar atau lebih sinonim dengan sebutan control macho. Apabila menyayangi seseorang tidak perlulah berlebih-lebihan kerana itu juga akan memberi masalah dalam hubungan....oklah, itu saja, sedikit panduan buat adik-adik yang tengah bercinta...pandai-pandai kakak kan???? haha...
PERTUKARAN RUPA, AMACAM???HAHAHA~
Bayangkan kalo rupa korang ngn pasangan korang camni??adus!!!parah!!!!hahhaa~
" Berterima kasihlah dengan yang maha PENCIPTA, cipataan ALLAH S.W.T adalah sebaik-baik ciptaan yang tiada tolok bandingannya...BERSYUKURLAH.. "
SUMAIYYAH - KAU LAMBANG KEKUATAN WANITA
“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,”
Pagi nie, aku bukalah lagu Sumayyah...seriously, aku mmg tak hafal lagu kumpulan Hijjaz nie. Sejarah ttg Sumayyah aku tahu ler...Tetiber, hati aku tersentap, rasa sesak dada menahan tangisan. Tetiba, perjuangan wanita islam menusuk ke sanubariku.... Ya Allah, kuatnya & kentalnya hati seorang wanita bernama Sumayyah... Kalau aku ditempatnya, belum tentu aku dapat buat semua nie.... Pada yang tak tahu cerita sebaliknya, ini serba sikit tentang Sumayyah, Wanita pertama mati syahid...
Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.
Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.
Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.
“Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.
“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.
“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.
Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.
Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.
“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.
“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.
“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.
“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.
Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.
Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.
“Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.
“Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.
“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.
Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.
Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.
“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.
“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.
“Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.
“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.
Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.
HIJJAZ - SUMAYYAH
Dalam diri selembut sutera
Kau miliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama
Dirimu bak lentera
Dibelenggu jahiliah
Kau tempuh dgn berani
Walaupun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan
Padang pasir menjadi saksi
Ketabahn keluarga itu
Tika suami dan anak
Dibaring menghadap mentari
Disuruh memilih iman
Atau kekufuran
Samar jahiliah atau
Sinar akidah…..
Sabarlah keluarga yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tegar memilih syurga
Walau terpaksa mengoban nyawa
Lalu tombak ! yang tajam menikam
Jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak
Berubah
Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Menggoncang dunia mencipta sejarah….
Sumayyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah…
Lelaki muda bercinta dengan wanita lebih tua????
Dalam hal ini, jelas lah bahawa si lelaki itu yang perlu pandai jaga hati teman wanitanya atau isterinya. Kita ambil konteks dalam sebuah perkahwinan lah ya. Wanita ini sebagaimana yang kita tahu, mempunyai hati yang sangat sensitif, apatah lagi wanita yang sudah berusia, pasti hatinya akan lebih cepat terasa dengan sesuatu.
Sebagai seorang lelaki yang membuat keputusan untuk menerima wanita lebih tua sebagai pasangan, dia haruslah bersedia lebih awal. Bersedia dengan ilmu sifat sifat wanita, kalau tak banyak, sedikit pun jadilah, agar dapat mengharmonikan rumah tangga nanti.
Ada yang mengatakan, apabila seorang lelaki mudah berkahwin dengan wanita yang lebih tua, wanita itu akan bersikap bossy atau queen control Ini sebenarnya tidak benar. Memang ada tapi tidak semua. Korang yang pilih sendiri pasangan korang, jadi mesti korang tahu hati budi dia macam mana kan?
Sebagai seorang lelaki dan suami, walaupun usia korang lebih muda daripada isteri, tanggungjawab korang tetap sama seperti lelaki lelaki lain. Jangan jatuhkan tanggungjawab menjaga rumah tangga kepada isteri sahaja. Ada sesetengah lelaki memang suka ambil kesempatan terhadap isteri yang umurnya lebih tua.
Tapi korang tak macam tu kan? Korang yang memilih untuk menerima pasangan yang berusia jauh lebih tua ini pastinya seorang yang sangat bertanggungjawab. Apa lah yang ada pada usia? Lagi satu yang perlu korang tahu, isteri yang umurnya lebih tua dari suami ini sangat sensitif dengan kecantikan dan paras rupa. Mereka akan cenderung untuk cemburu pada gadis gadis yang lebih muda.
Di sinilah korang sebagai suami yang baik perlu ambil peranan. Selalulah memuji kecantikan dan kelebihan yang ada padanya. Layan isteri korang seperti korang layan seorang puteri supaya dia tidak merasa kekurangan. Bantu dia dalam menjalani hidup seperti pasangan biasa.
Jangan pula selalu merungut dan lemparkan kata kata negatif pada dia. Kalau bergaduh atau salah faham, jangan sesekali lancang mulut dengan mengungkit sesuatu yang ada kena mengena dengan faktor perbezaan usia korang. Terasa hati dia nanti. Orang kata berdosa isteri kalau sakitkan hati suami, tetapi suami juga berdosa apabila menyakitkan hati isteri secara sengaja.
Thursday, 31 May 2012
FAKTA TENTANG LELAKI
- Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
- Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
- Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
- Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
- Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
- Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
- Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
- Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
- Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
- Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
- Lelaki juga akan menangis.
- Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
- Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
- Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
- Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
- Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
- Lelaki amat sayang ibu mereka.
- Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
- Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
- Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
- Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
- Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
- Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
- Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
- Lelaki lebih banyak berfikir.
- Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
- Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
- Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
- Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
- Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
- Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
- Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
- Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
- Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
- Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
- Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
- Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



