Friday, 1 June 2012

CIRI LELAKI KENE REJECT!!!





Adik-adik lelaki ni, perlu tahu ye? untuk mendapat kasih sayang wanita yang maksimum, lelaki perlu berani berubah. maksudnya buang sifat-sifat yang kurang disenangi oleh wanita (tapi kalau yang elok tak perlulah). Perempuan akan menyayangi lelaki dengan sepenuh hati yang sanggup berkorban apa saja untuk anda.


Disayangi wanita adalah kemuncak keselesaan hidup lelaki sebenarnya. (pandai2 pulak kakak kan), biar pun poket kosong, perut lapar, tetapi dengan kasih sayang yang penuh ikhlas dari seorang wanita, segala masalah terasa mudah untuk dihadapi. (mungkinlah kan?)

Ok, mari kakak beritahu beberapa sikap yang wanita tidak suka..mungkin boleh diberi perhatian sikit oleh adik-adik lelaki ni...ok


Pertama, terlebih berlagak. kebanyakkan lelaki ada sikap ini. kadang-kadang elaki merasa sikap berlagak ni, boleh menarik perhatian wanita. Iya..mungkin boleh tapi kalau yang dah berlebih-lebih, aaa....itu silap. contohnya macam, lelaki ni punya motosikal besar (padahal pinjam je)....nak suruhlah wanita ni memuji-muji, berlagak yang dia mampu beli motor tu, tetapi dia silap, wanita makin akan menyampah tahu...


Kedua, terlebih merayu. Sikap ini memang tak elok bagi lelaki, kenapa??? sebab ini akan membuatkan wanita akan hilang rasa hormat pada lelaki, ditambah dengan menangis (ada ke). jangan tak tahu, sesetengah wanita akan lari dari lelaki seperti ini. Nak tahu kenapa? kerana sifat merayu dan menangis adalah sifat wanita. Wanita mendampingi lelaki untuk lari daripada sifat ini, tetapi jika lelaki tempat dia bergantung harapan turut lemah, sudah tentu kepercayaannya hilang. Wanita lebih menghormati lelaki yang tegas.

Ketiga, terlebih menyayangi. ini pun salah satu sikap yang tidak digemari wanita. ye lah, baru je berkenalan dah lebih-lebih pulak. Biasanya terlebih dari segi layanan, misalnya, pergi makan, wah!!! siap tarik kerusi lagi, tolong lapkan sudu ke (wah,romantiknya), sikap macam ni kan, terlalu prihatin sebenarnya, iya...mungkin ada bagusnya, tapi ia akan merimaskan wanita dan kadang-kadang mungkin juga wanita akan terfikir, betul ke tidak dia ni? parah kalau macam tu, haha...

Ok..secara jujurnya, lebih baik memiliki sifat kelelakian sebenar atau lebih sinonim dengan sebutan control macho. Apabila menyayangi seseorang tidak perlulah berlebih-lebihan kerana itu juga akan memberi masalah dalam hubungan....oklah, itu saja, sedikit panduan buat adik-adik yang tengah bercinta...pandai-pandai kakak kan????  haha... 

No comments:

Post a Comment