Idea asal adalah daripada Men are from Mars, Women are from Venus, John Gray
Perasan atau tak, lelaki dan perempuan mempunyai cara mengatasi stress yang berbeza. Dan perbezaan ini yang disalah anggap oleh pasangan anda sendiri sebab tidak mengetahui apakah yang mereka perlukan pada waktu itu.
Situasi:
- Apabila lelaki menghadapi stress, mereka mula mengasingkan diri, tidak banyak bercakap dan menumpukan pemikiran mereka mencari jalan penyelesaian.
- Apabila wanita menghadapi stress, mereka mula berkata-kata mengenai masalah yang mereka hadapi kepada pasangan mereka.
Kesan:
- Para wanita terasa hati dengan si lelaki yang mengasingkan diri dan tidak berkongsi masalah
- Para lelaki terasa hati kerana masalah yang dihadapi oleh si wanita itu seperti dipertanggungjawab kepada si lelaki, dan si lelaki merasakan dialah penyebab masalah itu.
Punca:
- Para wanita kena faham bahawa, apabila si lelaki menghadapi masalah, kebiasaannya si lelaki akan mengasingkan diri sendiri untuk mencari jalan penyelesaian. Dan peralakuan ini bukannya merujuk kepada dia tidak tidak sayangkan anda (wanita) tetapi pemikiran si lelaki terganggu sedikit dengan masalah itu.
- Para lelaki kena faham, penceritaan daripada pihak wanita tentang masalah adalah satu perkongsian emosi. Dan lelaki kena faham, dengan cara perkongsian inilah stress wanita dapat berkurang. Jadi dengarlah dengan baik. Rujuk Bab 2.
Cara mengatasi:
- Para wanita boleh memberi sedikit ruang kepada pihak lelaki untuk bersendirian. Bagi dia peluang buat benda dia suka, baca surat kabar, main game dan sebagainya, di samping cucuk-cucuk sedikit soalan bertanyakan khabar tentang dia dan masalah dia. Apabila dia bersedia, dia akan berkongsi masalah itu dengan anda. Jika tidak, jangan terlalu mendesak, dan terasa hati kerana perbuatan si lelaki yang tidak berkongsi itu.
- Para lelaki boleh mendengar masalah itu dengan baik Rujuk Bab 2, tanpa menyalahkan diri sendiri dengan masalah yang dihadapi oleh wanita itu. Masalah itu bukan berpunca daripada anda. Pihak wanita mahu berkongsi secara emosi dengan anda. Dengarlah dengan baik.
Benda yang dikongsi ini mungkin tidak berlaku pada anda, dan mungkin ada perlakuannya antara lelaki dan wanita yang terbalik. Jadi ambillah yang mana berkaitan.
Olahan aku sendiri selepas membaca Men are from Mars, Women are from Venus.
Kredit kepada John Gray


No comments:
Post a Comment